100 GOL MUSIM INI, SATU PENCAPAIAN MENAKJUBKAN

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Terima kasih kepada anda yang setia membaca entri saya sejak laman web ini dibuka kepada umum. Alang-alang anda berada di sini, saya menggalakkan anda untuk membeli produk-produk berunsurkan Liverpool yang ada dijual dalam laman web ini. Boleh pergi ke homepage kemudian terus ke online store di bahagian atas laman web ini. Walaupun ada yang masih belum ada lagi, tapi cuma perlu stay tuned sebab banyak lagi produk yang akan dijual dalam laman web ini dalam masa akan datang.

 

Permainan Liverpool kini berada di tahap yang sangat baik di bawah kendalian Jurgen Klopp

 

OK la berbalik pada topik kita. Musim ini kita disajikan dengan gaya permainan heavy metal di bawah kendalian pengurus Jurgen Klopp. Namun apa yang membezakan musim ini dengan musim-musim yang lepas (terutamanya musim SAS) ialah pengelibatan Liverpool dalam saingan Champions League, di mana Liverpool dengan bersahaja sedang mendahului FC Porto dengan jaringan 5-0 di laman lawan. Satu lagi bukti bahawa kelab ni sedang moving forwards walaupun terpaksa berbelanja banyak (sebagai contoh 75 juta untuk van Dijk) namun peminat perlu menerima perubahan seperti ini dalam memastikan Liverpool terus moving forward setaraf dengan kelab lain seperti Man City yang diterajui pak arab dan Man Utd yang merupakan kelab terkaya dunia menurut beberapa laporan.

 

Firmino, false 9 paling hebat di dunia

 

Tandukan Emre Can pada Sabtu lepas memastikan Liverpool menjaringkan gol ke 100 musim ini. Rekod ini sebenarnya tiba secara tiba-tiba, kurang disebut di laman seperti twitter sebelum perlawanan ini berlangsung. Walaubagaimanapun sudah tentu gol ke 100 ini memberikan satu lagi tamparan hebat kepada briged #kloppout yang dijangka akan terus bersembunyi dalam gua hingga akhir musim. Ada antara mereka yang #kloppout tidak mahu menerima kenyataan ini dan masih menyatakan kelab ini sedang berundur ke belakang, tanpa bukti yang kukuh mengapa. Mereka menyebut bahawa Klopp gagal membawa Liverpool pergi lebih jauh dalam peringkat piala domestik. Namun begitu, mereka tidak memberikan kredit langsung kepada Klopp apabila berjaya mara jauh dalam  Champions League, malah terus senyap membisu. Biarkan sahaja mereka berada dalam angan-angan mereka.

 

Klopp melakukan tugasnya dengan baik dengan menghantar anak buahnya ke Marbella di Spain untuk sesi latihan

 

Rekod 100 gol ini bukanlah bermaksud Klopp dan anak buahnya perlu selesa. Mereka hanya perlu menamatkan saingan dalam liga dalam top 4 dan pergi lebih jauh dalam Champions League. Beberapa masalah seperti 'mempertahankan kedudukan ketika sedang mendahului' perlulah diperbaiki dengan baik. Pemain-pemain perlu lebih kreatif apabila bertemu pasukan yang parking bas, terutamanya perlawanan menentang Man Utd 2 minggu lagi. Saya menjangkakan bahawa Liverpool akan menamatkan kedudukan liga sebagai naib juara serta mara ke final Champions League musim ini. Sekian

 

#YNWA

#WEALLREDS

 

*Artikel ini dikarang oleh Topek selaku wakil media ARM. Artikel ini hanya pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat keseluruhan All Reds Malaysia*

Leave your comment