RSS

Blog posts of '2017' 'December'

MERUNGKAI 'MASALAH' BAHAGIAN PERTAHANAN LIVERPOOL

Barisan pertahanan Liverpool dikritik setiap tahun kerana mudah ditembusi penyerang lawan

 

Bahagian pertahanan Liverpool menjadi bahan bualan antara para peminat sejak zaman Rafa Benitez lagi. Hakikatnya, bahagian inilah yang telah menjadi punca mengapa Liverpool tidak mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris sejak sekian lama. Ramai yang menganggap bahawa jendela perpindahan musim panas yang lalu sebagai kurang memuaskan kerana Liverpool hanya dapat membawa masuk 4 pemain, dengan tiada seorang pun pemain posisi bek tengah dibawa masuk. Hal ini membuatkan beberapa peminat berang dengan Jurgen Klopp, yang mungkin tahu mana satu bahagian yang 'lubuk' namun tidak berusaha untuk membaiki lubuk tersebut, malahan beliau tambah baik pula posisi lain yang dikatakan telah stabil.

 

 

Virgil van Dijk hampir ke Liverpool musim panas lalu, namun kegagalan pihak Liverpool untuk menyimpan rahsia menyebabkan Liverpool terlepas dan gagal membawa centre back baru musim ini

 

Namun begitu, betulkah teori mengatakan bahawa bahagian pertahanan Liverpool tidak memuaskan, boleh digunapakai pada musim ini? Untuk membuktikan perkara ini samaada betul atau tidak, saya akan membandingkan keputusan musim ini dengan musim lepas berdasarkan gambar di bawah:

 

 Perbandingan keputusan musim lalu dengan musim ini beserta dengan jumlah bolos

 

Berdasarkan table di atas ini, kelihatan bahawa bolos yang dicatatkan pada musim ini ialah 4 gol lebih rendah berbanding musim lalu, tanpa penambahbaikan pada bahagian bek tengah serta kehilangan Nathaniel Clyne akibat sakit belakang dan James Milner yang kini kembali ke posisi asalnya sebagai midfield tengah. Musim ini juga melihatkan kemasukan Andy Robertson dari Hull City sebagai bek kiri dan kembalinya Joe Gomez dalam kesebelasan utama setelah kecederaan yang dialami agak lama. Kemasukan Trent Alexander-Arnold ke dalam skuad senior juga memberikan kesan yang baik kepada bahagian pertahanan Liverpool musim ini.

 

Pada pandangan saya, Klopp sedang memperbaiki bahagian pertahanan dengan baik walaupun tiada kemasukan bek tengah yang baru. Beliau hanya menggunakan apa yang beliau ada dan cuba memperbaiki pertahanan melalui beberapa sesi perbincangan taktikal di Melwood. Namun begitu, Klopp mesti bawa masuk seorang bek tengah pada Januari nanti, dan nama van Dijk kembali disebut sebut antara pilihan utama Klopp untuk dibawa masuk, selain bek tengah Atletico Madrid, Jose Gimenez.

 

 

Liverpool dilaporkan sedang melakukan scouting terhadap bek tengah Atletico Madrid, Jose Gimenez. Kontrak beliau akan tamat bulan Jun ini dan dilaporkan beliau tidak akan menyambung kontrak baru dengan kelab Sepanyol itu

 

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berkata berkenaan krisis pertahanan Liverpool, satu fakta yang kita perlu terima ialah bahawa daripada 23 bolos yang dicatatkan, hanya 3 sahaja bolos yang berjaya dicatatkan di Anfield dalam EPL musim ini, iaitu paling rendah di laman sendiri berbanding 19 pasukan lain. Satu pencapaian yang di luar jangkaan saya, yang saya tidak sangka akan dicatatkan musim ini.

 

Akhir sekali, saya berharap agar peminat dapat bersabar kerana Klopp tahu apa masalah yang beliau hadapi dan bagaimana perlu menyelesaikannya. Kadangkala masalah itu kita sendiri sebagai peminat terlepas pandang, tetapi Klopp dapat mengesan masalah itu dan menyelesaikannya, seperti apa yang Klopp ucapkan selepas perlawanan menentang Swansea semalam. Mungkin bagi kita, kemenangan 5-0 sudah sempurna, namun Klopp berjaya mengesan masalah tamak dalam kalangan pemain dan terus membuat kritikan itu ketika sidang media. Apapun, terus YNWA.

 

P/S: Saya tidak mengira keputusan menentang Newcastle Utd, Huddersfield dan Brighton kerana mereka tidak ada dalam saingan EPL musim lalu.

 

* Artikel ini ditulis oleh Taufiq Dzukifli, mewakili media ARM

STEVEN GERRARD PENGURUS MASA DEPAN LIVERPOOL?

 

Steven Gerrard. Nama yang tidak asing lagi. Seorang lagenda Liverpool yang sanggup bersama kelab ini di saat pasang dan surutnya. Namun begitu, beliau masih lagi seorang yang dianggap asing dalam dunia kejurulatihan. Setelah bersara daripada bola sepak sebagai pemain, kini beliau mencuba nasib sebagai pengurus. Namun perjalanan beliau tidak boleh bermula dengan terus berada di atas. Oleh sebab itu, beliau memulakan karier kejurulatihannya sebagai pengurus/ketua jurulatih Liverpool U-18.

 

 

 

Steven Gerrard menolak tawaran dari kelab Championship, MK Dons dan kemudian dilantik sebagai pengurus Liverpool U-18 selepas musim 16/17 berakhir. Gerrard telah berjaya menambat hati Jurgen Klopp dan Alex Inglethorpe. Mereka melantik Gerrard setelah berpuas hati dengan kerja keras beliau serta 'attitude' yang baik terhadap kerja-kerja akademi yang telah ditunjukkan. Namun tugas Gerrard bukannya mudah, kerana beliau perlu membawa skuad muda Liverpool ini mengharungi saingan UEFA Youth League setelah kejayaan skuad senior melayakkan diri ke UEFA Champions League.

 

 

Namun begitu, Gerrard berjaya mengharungi saingan UEFA Youth League dengan mudah, setelah anak buahnya berjaya mencapai 5 kemenangan dalam 6 perlawanan. Liverpool U18 diumumkan sebagai juara kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya Berikut merupakan pencapaian skuad Steven Gerrard dalam UEFA Youth League:

 

Sevilla U18 0-4 Liverpool U18

CSKA U18 2-1 Liverpool U18

Liverpool U18 3-0 Maribor U18

Maribor U18 1-4 Liverpool U18

Liverpool U18 4-0 Sevilla U18

Liverpool U18 2-0 CSKA U18

 

Ben Woodburn beraksi bersama Liverpool U18 menentang Maribor U18 dalam saingan UEFA Youth League

 

Dalam saingan domestik, skuad Steven Gerrard ini masih belum tewas dalam 11 perlawanan liga, menang 6 dan seri 5 kali, dengan kemenangan terkini dicatatkan menentang Wolves 2-1. Liverpool kini merupakan pendahulu liga meskipun berbeza 1 mata dengan Manchester City yang mempunyai 1 perlawanan dalam tangan.

 

Steven Gerrard juga tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada peminat sendiri. Ada yang mengatakan bahawa Gerrard telah disajikan dengan pemain akademi yang berbakat dan misi yang perlu diselesaikan Gerrard nampak mudah. Namun tidak mungkin skuad ini boleh melakukan dengan baik tanpa didikan yang baik dan gaya permainan yang menarik yang diajarkan oleh Gerrard sepanjang musim ini.

 

Antara pemain U18 yang kelihatan berbakat dan boleh diserapkan dalam skuad utama/U23 Liverpool ialah:

1. Adam Lewis (DEF-ENG)

2. Rhys Williams (DEF-ENG)

3. Curtis Jones (MID-ENG)

4. Edvard Tagseth (MID-NOR)

5. Rafael Camacho (STR-POR)

6. Glen McAuley (STR-IRL)

7. Liam Millar (STR-CAN)

 

Aksi penyerang muda Liverpool U18 dari Kanada, Liam Millar menentang Man Utd U18

 

KESIMPULAN

Segalanya telah ditunjukkan kepada kita sebagai fans bahawa Stevie G ada karisma dan gaya sebagai pengurus berjaya. Tidak ramai bekas pemain yang berjaya menjadi pengurus yang baik. Gerrard boleh mengikut Zinedine Zidane dan menjadi pengurus Liverpool yang berjaya di masa depan dan seterusnya berjaya merangkul trofi EPL yang tidak berjaya diangkat olehnya sewaktu bergelar pemain dahulu.

 

*  Artikel ini ditulis oleh Taufiq Dzukifli, mewakili media ARM