STEVEN GERRARD PENGURUS MASA DEPAN LIVERPOOL?

 

Steven Gerrard. Nama yang tidak asing lagi. Seorang lagenda Liverpool yang sanggup bersama kelab ini di saat pasang dan surutnya. Namun begitu, beliau masih lagi seorang yang dianggap asing dalam dunia kejurulatihan. Setelah bersara daripada bola sepak sebagai pemain, kini beliau mencuba nasib sebagai pengurus. Namun perjalanan beliau tidak boleh bermula dengan terus berada di atas. Oleh sebab itu, beliau memulakan karier kejurulatihannya sebagai pengurus/ketua jurulatih Liverpool U-18.

 

 

 

Steven Gerrard menolak tawaran dari kelab Championship, MK Dons dan kemudian dilantik sebagai pengurus Liverpool U-18 selepas musim 16/17 berakhir. Gerrard telah berjaya menambat hati Jurgen Klopp dan Alex Inglethorpe. Mereka melantik Gerrard setelah berpuas hati dengan kerja keras beliau serta 'attitude' yang baik terhadap kerja-kerja akademi yang telah ditunjukkan. Namun tugas Gerrard bukannya mudah, kerana beliau perlu membawa skuad muda Liverpool ini mengharungi saingan UEFA Youth League setelah kejayaan skuad senior melayakkan diri ke UEFA Champions League.

 

 

Namun begitu, Gerrard berjaya mengharungi saingan UEFA Youth League dengan mudah, setelah anak buahnya berjaya mencapai 5 kemenangan dalam 6 perlawanan. Liverpool U18 diumumkan sebagai juara kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya Berikut merupakan pencapaian skuad Steven Gerrard dalam UEFA Youth League:

 

Sevilla U18 0-4 Liverpool U18

CSKA U18 2-1 Liverpool U18

Liverpool U18 3-0 Maribor U18

Maribor U18 1-4 Liverpool U18

Liverpool U18 4-0 Sevilla U18

Liverpool U18 2-0 CSKA U18

 

Ben Woodburn beraksi bersama Liverpool U18 menentang Maribor U18 dalam saingan UEFA Youth League

 

Dalam saingan domestik, skuad Steven Gerrard ini masih belum tewas dalam 11 perlawanan liga, menang 6 dan seri 5 kali, dengan kemenangan terkini dicatatkan menentang Wolves 2-1. Liverpool kini merupakan pendahulu liga meskipun berbeza 1 mata dengan Manchester City yang mempunyai 1 perlawanan dalam tangan.

 

Steven Gerrard juga tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada peminat sendiri. Ada yang mengatakan bahawa Gerrard telah disajikan dengan pemain akademi yang berbakat dan misi yang perlu diselesaikan Gerrard nampak mudah. Namun tidak mungkin skuad ini boleh melakukan dengan baik tanpa didikan yang baik dan gaya permainan yang menarik yang diajarkan oleh Gerrard sepanjang musim ini.

 

Antara pemain U18 yang kelihatan berbakat dan boleh diserapkan dalam skuad utama/U23 Liverpool ialah:

1. Adam Lewis (DEF-ENG)

2. Rhys Williams (DEF-ENG)

3. Curtis Jones (MID-ENG)

4. Edvard Tagseth (MID-NOR)

5. Rafael Camacho (STR-POR)

6. Glen McAuley (STR-IRL)

7. Liam Millar (STR-CAN)

 

Aksi penyerang muda Liverpool U18 dari Kanada, Liam Millar menentang Man Utd U18

 

KESIMPULAN

Segalanya telah ditunjukkan kepada kita sebagai fans bahawa Stevie G ada karisma dan gaya sebagai pengurus berjaya. Tidak ramai bekas pemain yang berjaya menjadi pengurus yang baik. Gerrard boleh mengikut Zinedine Zidane dan menjadi pengurus Liverpool yang berjaya di masa depan dan seterusnya berjaya merangkul trofi EPL yang tidak berjaya diangkat olehnya sewaktu bergelar pemain dahulu.

 

*  Artikel ini ditulis oleh Taufiq Dzukifli, mewakili media ARM

 

Leave your comment